Now everyone can hire a professional photographer for their wedding

Kenapa Budget Wedding Photos?

Ramai yang bertanya saya kenapa servis fotografi ini dinamakan Budget Wedding Photos. Maksud budget sendiri kadang2 disalah anggap bahawa ada kompromi tentang kualiti. Lihat saja Budget Airlines seperti Air Asia atau mana2 budget airlines yang beroperasi seluruh dunia. Adakah kualiti perkhidmatan budget mereka lebih rendah? Malahan perkhidmatan budget begini sering melalui proses ‘continuous improvement’ supaya apa yang dihasilkan adalah setanding dengan apa yang dihasilkan oleh perkhidmatan tidak budget.

Pada saya, budget mendorong kepada perkhidmatan yang lebih baik apabila pengusaha budget perlu lebih peka; dalam menyediakan perkhidmatan mereka dengan harga yang sangat kompetitif.

Sesiapa sahaja yang menyediakan perkhidmatan fotografi budget akan menawarkan perkhidmatan budget mereka dengan harga yang rendah disebabkan oleh kos yang rendah. Itu saja jawapannya.

Ingat, hanya kos yang rendah dapat menawarkan harga yang budget.

Kenapa saya katakan kos saya rendah? Kenapa Budget Wedding Photos mampu menawarkan servis yang lebih budget harganya?

Jawapannya mudah, saya tidak menanggung kos yang tinggi, itu saja. 

Saya tidak perlu membayar sewa pejabat maka tiada kos operasi.  Kamera yang saya gunakan juga telah habis dibayar. Lensa yang saya gunakan sudah cukup untuk mengambil gambar2 yang bersesuaian. Tak perlu lensa yang lebih canggih dan mahal. Itu hanya meningkatkan kos. Gambar2 hanya perlu diserlahkan dengan program komputer yang hebat2. Hasilnya tetap bermutu.

Jadi, dengan kos yang rendah, maka harga perkhidmatan budget yang saya tawarkan juga adalah jauh lebih rendah.

Kalau dah harganya budget, kualitinya pun budget juga kah?

Apa yang saya lakukan ini adalah dari minat. Pernah dengar tak, kalau kita minat, tak berbayar pun kita sanggup buat kan? Dan kalau kita minat sesuatu, apa yang kita buat itu menjadi terbaik secara semulajadi. Kualiti yang saya hasilkan sebenarnya tidak kurang bezanya dengan gambar2 yang diambil jurugambar yang menawarkan harga beribu-ribu.

Kenapa begitu? Jawapannya mudah. Program komputer photo editing yang mereka guna kan juga adalah sama seperti yang saya gunakan. Ilmu ‘mengambil gambar’ mereka juga saya pelajari.

Jadi kenapa mesti bayar lebih? Perkhidmatan budget photography kan ada. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s