Now everyone can hire a professional photographer for their wedding

Sesuai ke?

Kebiasaannya memilih seseorang jurufoto, tak kira samada jurufoto professional atau seorang  Budget Wedding Photographer untuk apa saja bentuk majlis merupakan satu tugas yang agak menggerikan.

 Di sini saya ingin berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh anda guna apabila memilih seseorang jurufoto.

 Tip 1:   Kita mesti boleh serasi!

Jurufoto yang hebat seharusnya dapat mengambil gambar anda dalam keadaan yang natural atau semulajadi. Jadi adalah penting untuk anda serasi dengan caranya. Kita seringkali tahu dengan sekali pandang samada kita akan serasi dengan seseorang atau tidak. Mungkin pembawaannya atau gayanya bercakap akan dapat membantu mengenali keserasian. Keserasian menghasilkan gambar2 yang lebih hebat.

 Tip 2:   Anda dapat apa yang anda bayar!

Adalah sesuatu yang ironik, tambah2 lagi di dalam photography, HARGA adalah satu faktor yang penting tetapi tidak pula ianya faktor yang terpenting bagi anda dalam memilih seorang jurufoto. Di dalam pasaran, terdapat ramai jurufoto amatur yang akan mengenakan caj yang sangat murah, yang akhirnya memberi kualiti yang sangat rendah. Jadi, anda perlu ingat.. anda akan terpaksa menerima hakikat di atas pilihan anda jika tidak berhati2.

Oleh sebab itulah Budget Wedding Photography sentiasa memastikan bahawa kualiti gambar yang dihasilkan sentiasa baik walaupun harganya masih lagi berpatutan.

 Tip 3: Tapi saya mahu pakej yang mewah!

Jika anda memperuntukkan budget yang rendah untuk khidmat jurufoto, pastikan anda tetap dengan pendirian itu. Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang kerapkali menelan belanja yang besar. Jangan gusar! Pilihlah pakej yang sederhana atau murah terlebih dahulu. Selepas kesemua perbelanjaan diambil kira dan mempunyai lebihan, anda boleh saja memperuntukkan budget yang berlebih itu untuk khidmat jurufoto. Saya selalu menasihatkan potential client supaya berbuat begitu. Malahan, walaupun potential client berminat untuk mengambil khidmat saya, saya akan minta supaya bayaran deposit hanya dibuat 2 minggu sebelum majlis. Siapa tahu anda mungkin terjumpa jurufoto lain yang lebih bersesuaian?  Kebanyakan orang tidak sedar tentang pilihan yang mereka ada. Jadi berhati2 dengan jurufoto yang menawarkan pakej mahal yang anda tidak mampu, yang akhirnya akan memakan diri.

 Tip 4: Rancang, rancang, rancang.. dan rancang lagi!

Berbincang dengan jurufoto anda beberapa bulan sebelum majlis adalah tindakan yang sangat bijak. Kadangkala anda mungkin terkejut dengan tip2 berkaitan majlis perkahwinan dari seorang jurufoto yang berpengalaman. Anda perlu ingat, mereka telah merakamkan berpuluh2 majlis perkahwinan atau mungkin juga mencecah ratusan. Pastinya banyak idea2 yang mereka boleh kongsikan. Tidak rugi memilih jurufoto lebih awal, kan?

 Tip 5:   Lakukan sesuatu diluar dugaan!

Anda pastinya pernah dihidangkan dengan ratusan photo majlis perkahwinan yang menggambarkan apa yang berlaku di dalam sesuatu majlis. Bunga telur, kek pengantin, meja pengantin, bilik pengantin, perarakan pengantin, kumpulan kompang atau aksi pesilat handalan adalah antara gambar2 yang sering anda lihat. Gambar2 ini adalah gambar yang terlalu biasa atau common. Kenapa anda tidak pertimbangkan pula melakunkan aksi2 lucu ataupun candid yang kadang2 merupakan satu kelebihan setengah2 jurufoto apabila dia bekerja. Beritahu jurufoto anda konsep yang anda lebih minat. Jangan lupa, semua jurufoto mahu client mereka berpuashati dengan hasil kerja mereka. Anda pastinya berpuas hati jika apa yang anda mahu, anda dapat.

 Jika anda pernah berkerja bersama2 saya, anda pasti akan sedar bahawa saya akan sentiasa menggunakan tip2 di atas apabila bertemu dengan anda buat kali pertama. Saya sentiasa berpegang kepada prinsip; pastikan orang suka akan hasil kerja kita, supaya kita akan lebih gembira berkhidmat untuk mereka.

Itulah kelebihan Budget Wedding Photography!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s